Wednesday, 27 April 2011

Selama ini... Ku ' CEKAL HATI '...

Tinggal beberapa hari lagi... semester 2 bakal melabuhkan tirainya untuk menutup segala ' rona dan warna ' di UTM ini... bagi aku menjalani kehidupan di UTM ini agak mencabar dan memerlukan semangat yang kuat.. Oleh itu, tidak wajar untuk aku 'mempersia-siakan' peluang dan ruang di UTM ini... Selagi ada masa... akan aku terus berusaha hingga berjaya... Persetankan kata-kata hina dan dusta... Akan ku Jumpa... Kejayaan yang aku cari selama ini...  Aku masih ada 'tempat dan rahmat' di sisi TUHAN..... Amin...

Tuesday, 26 April 2011

English Education...

Esok akan menduduki exam Bahasa Inggeris... Good Luck ditujukan 'khas' buat Mohd Hafedz Bin Bohari... Semoga Berjaya.... ZZzzz...ok lah nak tidur dulu... hehehe ...Bye2... Thanks To Saudari Fatin Atikah Binti Abdul Rahman sebab 'be a first my follower'... hehehe..

Sunday, 24 April 2011

Terus Optimis...Ku Teruskan

Salam...
 alhamdulillah... akhirnya paper TITAS berjaya jugak aku jawab...walaupun masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.... Aduhh...walaubagaimanapun...aku akan terus optimis untuk paper ini...

Satu lagi perkara.............SOALAN NOMBOR 50... "SESUATU"...hehehe... Doakan aku berjaya yer...Amin..

Wednesday, 20 April 2011

Ku Teruskan...Demi Kejayaan..

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...
 
Assalammualaikum... lirik lagu 'Hati Yang Rapuh' dendangan Rahimah Rahim...aku suka mendengar lagu ni... lirik lagu ni sangat memberi seribu pengertian buatku...Tinggal lagi beberapa hari untuk sekali lagi aku akan berdepan dengan peperiksaan akhir universiti.... Besar harapan dan impian untuk aku mendapatkan kecemerlangan...bukan untuk diriku ...tetapi untuk keluargaku terutama mak dan abahku dan juga sahabat-sahabatku yang menyokong aku selama ini....
 
  Oleh itu, demi kecemerlangan... akan aku teruskan usaha dan kerja kerasku selama ini... Aku sedar dan insaf bukan mudah untuk menggenggam kejayaan.. tapi... aku tetap optimis... Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini...Amin...  Ku Teruskan... Demi Kejayaan... Doakan kejayaanku..

Thursday, 14 April 2011

"Berkongsi Rasa" atau "Mendabik Dada"???

Assalammualaikum semua...dengan adanya blog ini, bolehlah aku 'menaip' apa sahaja yang ingin aku katakan....Alangkah indahnya, jika dahulu aku mempunyai blog sendiri pada waktu dan ketika dahulu. Untuk pengetahuan semua, dalam diam, aku suka mengikuti hasil penulisan individu lain dalam blog. Antara Blog yang menjadi pilihanku ialah blog 'maafcakap', blog 'Srikandi' oleh Ummi Hafilda Ali, Blog Che Det hasil air tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta blog sahabat baikku iaitu AnyZZ oleh Marhanis Mirza dan lain-lain lagi.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa aku memilih nama blog 'Lenggok Hafedz'. Hal ini demikian kerana...( Biarlah Rahsia...hehehe)... Aku amat meminati bidang penulisan, hal ini kerana penulisan boleh membawa aku ke dimensi baru dan aku boleh menyampaikan mesej terus kepada orang ramai. Aku ingin 'kongsikan' semua rasa yang pernah aku alami. Bukanlah mahu 'mendabik dada'...tetapi itulah hakikatnya.

Insan lain mungkin boleh 'mendabik dada' dengan apa yang mereka kecapi pada hari ini. tetapi bagi aku 'berkongsi rasa' adalah satu 'terapi' yang baik untuk diri ini dan orang lain. Oleh itu, berjumpa kita lagi di 'Tinta Emas' yang seterusnya....

Bermula Sebuah Perjalanan... "Lenggok Hafedz"

Assalammualaikum, akhirnya blog 'Lenggok Hafedz' ini dapat direalisasikan jua....Walaupun diri ini bukan dalam kalangan insan yang 'pandai' dalam serba serbi dunia multimedia dan informasi maklumat, Tetapi atas dasar dan desakan diri...Akhirnya blog ini mampu untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hati.     
Oleh itu, diharapkan blog ini mampu menjadi 'penawar rindu' dan 'luahan bicara' yang selama ini terbuku di hati...Salam Sayang Semua..."Lenggok Hafedz"