Thursday, 14 April 2011

"Berkongsi Rasa" atau "Mendabik Dada"???

Assalammualaikum semua...dengan adanya blog ini, bolehlah aku 'menaip' apa sahaja yang ingin aku katakan....Alangkah indahnya, jika dahulu aku mempunyai blog sendiri pada waktu dan ketika dahulu. Untuk pengetahuan semua, dalam diam, aku suka mengikuti hasil penulisan individu lain dalam blog. Antara Blog yang menjadi pilihanku ialah blog 'maafcakap', blog 'Srikandi' oleh Ummi Hafilda Ali, Blog Che Det hasil air tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta blog sahabat baikku iaitu AnyZZ oleh Marhanis Mirza dan lain-lain lagi.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa aku memilih nama blog 'Lenggok Hafedz'. Hal ini demikian kerana...( Biarlah Rahsia...hehehe)... Aku amat meminati bidang penulisan, hal ini kerana penulisan boleh membawa aku ke dimensi baru dan aku boleh menyampaikan mesej terus kepada orang ramai. Aku ingin 'kongsikan' semua rasa yang pernah aku alami. Bukanlah mahu 'mendabik dada'...tetapi itulah hakikatnya.

Insan lain mungkin boleh 'mendabik dada' dengan apa yang mereka kecapi pada hari ini. tetapi bagi aku 'berkongsi rasa' adalah satu 'terapi' yang baik untuk diri ini dan orang lain. Oleh itu, berjumpa kita lagi di 'Tinta Emas' yang seterusnya....

No comments:

Post a Comment